Tuesday 10 December 2013

Punca Fibroid pada wanita usia muda

Zaman sekarang timbul pelbagai penyakit yang pelik dan mudah kena. Orang zaman dahulu yang kurang kemudahan hospital tidak ramai yang sakit seperti orang sekarang. Segalanya berpunca daripada pemakanan kita dan gaya hidup kita seharian.
Ini antara tulisan yang dipetik daripada Facebook pakar sakit puan Dr Hamid Arshat untuk kita fikirkan bersama:
Dalam umur 20an tahun sudah tumbuh fibroid yang besar dalam rahim. Adakah ia disebabkan faktor baka atau lain? Mungkin faktor utama ialah pemakanan yang tidak seimbang, beracun dan kurang khasiat.
Gadis-gadis sekarang dilahirkan dan dibesarkan dalam keadaan mewah dan meminati makanan segera yang diperoses, diawet dan junk foods.
Ibu bapa ikutkan saja kehendak mereka agar tidak menyusahkan mereka. Kanak2 makan benda-benda yang mengadungi terlalu banyak gula, garam perisa dan carbohydrate.
Sayur-sayuran lansung tidak dimakan dan buah-buahan tidak begitu digemari. Lauknya hanya ayam dan ikan tidak diminati.
Bandingkan dengan ibu dan nenek kita yang banyak makan sayur pucuk ubi, paku, turi, kangkung, bayam, cekor manis serta makan ulam-ulaman. Mereka juga makan keledek, ubi dan keladi.
Mereka banyak gunakan kunyit, halia, bawang dan serai dalam masakan. Kesemua itu berkhasiat melindungi dari berbagai jenis penyakit rahim dan ovary.
Kita perlu susun semula sajian makanan kita demi untuk kesihatan.
Ini adalah rupa bentuk Fibroid:
fibroid pada wanita usia mudaCuba lihat balik diri kita macam mana?
Apa yang kita makan hari ini? Berapa kali kita bersenam seminggu? Adakah kerja kita dalam penghawa dingin 24 jam?
Jika semua jawapan adalah negatif maka elok untuk kita mula berubah hari ini demi masa depan yang lebih sihat dan ceria!

No comments:

Post a Comment