Sunday 19 January 2014

TONSILITIS/ SAKIT TEKAK


CARA PEMAKANAN :

B-Complex : 1 biji sehari selepas makan sebelum tidur
Carotomax  : 1 biji selepas makan
Vita-C        : 1 biji selepas lunch
Nutriferon   : 1 sticks selepas sarapan atau boleh dicampur ke dalam ESP

* Sekadar cadangan. Jadual adalah fleksibel


Disyorkan pengambilan suplemen pada waktu malam untuk penyerapan nutrien yang lebih baik. Tapi, kalau nak ambil semua serentak memang agak sukar, kan? 


Sakit tekak merupakan gejala yang paling biasa berlaku di kalangan kanak-kanak mahupun dewasa, biasanya diikuti dengan gejala bersin dan batuk.

Batuk dan sakit tekak Kebiasaannya ia bukanlah suatu penyakit yang serius dan akan sembuh selepas beberapa hari.

Apabila batuk, tekak anda berasa gatal dan sakit. Kahak berwarna kuning atau hijau pula terhasil. Mengapa kahak berwarna hijau? Enzim yang dihasilkan oleh badan untuk memusnahkan bakteria sebenarnya berwarna hijau.

Batuk terjadi akibat jangkitan kuman pada bahagian tekak. Ia menyebabkan tekak mengalami keradangan (bengkak) dan mengeluarkan kahak bagi memerangkap bakteria tersebut. Batuk akan menolak kahak yang berbakteria itu keluar daripada tekak untuk dibuang. Sekiranya kahak tersebut ditelan, ia akan masuk ke saluran esofagus untuk di bawa ke perut kemudian bakteria itu akan dimusnahkan oleh asid hidroklorik di dalam perut.

Tekak yang membengkak akibat respon daripada jangkitan kuman itu akan menyebabkan struktur kotak suara terjejas dan akan menyebabkan suara menjadi garau dan kadangkala sukar mengeluarkan suara. Tekak akan menjadi sakit dan sukar menelan.

Sebenarnya, batuk dan sakit tekak boleh sembuh dengan sendirinya tanpa memakan sebarang ubatan kerana sistem pertahanan badan kita boleh melawan dan memusnahkan bakteria tersebut. Beberapa langkah harus diambil jika anda tidak mahu bergantung kepada ubat daripada klinik. 

Berikut adalah antara tips untuk mempercepatkan proses penyembuhan oleh sistem imun badan kita;

Rehat secukupnya

Tidur dapat membantu badan anda melawan jangkitan bakteria dengan lebih berkesan. 


Minum banyak air

Air bertindak sebagai pelincir untuk mengurangkan rasa sakit pada tekak akibat bengkak. Tekak yang kering akibat kekurangan air akan menyebabkan tekak rasa gatal dan bertambah bengkak. 


Jauhi Asap

Elakkan diri anda dari menghidu asap rokok, kilang, kereta atau apa sahaja bahan pencemaran yang boleh membuatkan jangkitan pada tekak anda bertambah teruk 


Jangan banyak bercakap

Sekiranya suara anda terjejas akibat sakit tekak, kurangkan bercakap. Bercakap akan menyebabkan tekak anda cepat kering dan bertambah sakit.  Kurang bercakap juga boleh mengembalikan suara anda seperti sedia kala dengan lebih cepat. 

Makanan Untuk Batuk dan Sakit Tekak


  • Makan makanan yang mudah ditelan semasa sakit tekak seperti bubur ayam, buah yang lembut (cth: pisang, betik), sayur lembut (sayur yang sudah dimasak), yoghurt dsb.
  • Elakkan memakan makanan yang keras dan rangup seperti keropok, buah epal (atau buah lain yang keras) atau kuih yang keras kerana tekak anda akan mudah terasa gatal dan menyebabkan anda batuk, seterusnya meningkatkan keradangan pada tekak.  Makanan bergoreng juga tidak disarankan kerana ia juga keras. Masak sup atau rebus adalah lebih baik.
  • Makanan yang pedas, terlalu berempah/tinggi MSG, terlalu manis atau masamseperti jus buah oren, jeruk asam juga boleh melambatkan proses penyembuhan.
  • Elak memakan makanan yang terlalu sejuk atau terlalu panas kerana ia akan mengganggu tekak anda. Pastikan makanan anda sejuk sedikit sebelum memakannya.
  • Aiskrim atau air sejuk pula sebenarnya boleh melegakan tekak asalkan tidak terlalu sejuk beku atau tidak terlalu manis. Sup ayam atau minuman yang suam juga boleh melegakan dan mengurangkan keradangan pada tekak

Bila anda patut berjumpa dengan doktor?


Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya batuk dan sakit tekak berpanjangan selama 3 ke 4 minggu kerana dikhuatiri anda menghidapi batuk TB (tuberculosis) atau kanser tekak.




Jadi cara yang di cadangkan amalkan pengambilan vitamin shaklee untuk mengelakkan terjadinya lagi keadaan ini....Kita perlu mencuba untuk mengetahui hasilnya...Tiada penyakit yang tiada ubatnya..Kita ingin mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia..


* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease 


Perunding Vitamin Anda
  •  Shaklee Independent Distributor [ ID No : 1081321]
  • NoR Contact No : 0174532980
  •  Emel : nora_gminie@yahoo.com

**Kelebihan saya adalah untuk membantu dan berkongsi cara pengamalan hidup sihat kepada semua..kita sihat segalanya akan terlaksana..jika sakit segalanya akan sia-sia..Jika kita jujur dalam melakukan sesuatu tanpa dengki dan iri hati InshaAllah akan Berjaya..

No comments:

Post a Comment