CARA PEMAKANAN :
B-Complex : 1 biji sehari selepas makan sebelum tidur
Vita-C : 1 biji sehari selepas lunch
Nutriferon : 1 sticks sehari selepas breakfast/ boleh di campur dengan ESP
* Sekadar
cadangan. Jadual adalah fleksibel
Disyorkan
pengambilan suplemen pada waktu malam untuk penyerapan nutrien yang lebih baik. Tapi, kalau nak ambil semua serentak memang
agak sukar, kan?
Info : UbatPensil
Setiap daripada anda pasti pernah luka di bahagian dalam pipi, bibir, lidah, bawah lidah atau lelangit. Luka berbentuk bujur atau bulat; putih di tengah dan kemerahan di tepian luka. Ia dikenali sebagai Canker Sore dalam bahasa Inggeris atau secara medikalnya dikenali sebagaiAphthous Stomatitis. Sudah tentu, ia berasa sakit dan mengganggu anda ketika makan atau bercakap.
Walaubagaimanapun, penyakit ini tidak memberi kesan bahaya kepada organ lain seperti kanser. Ia juga bukanlah akibat jangkitan kuman dan bukan pula penyakit yang berjangkit. Menurut statistik, wanita lebih kerap mendapat ulser berbanding lelaki. kekerapan berlakunya ulser juga akan berkurangan apabila umur mencecah 40-an.
Sebahagian orang jarang mendapat Aphthous Stomatitis dan apabila berlaku, ia cepat hilang dalam masa beberapa hari sahaja. Ada pula yang mengalaminya setiap masa dan agak lambat sembuh. Mereka ini sedang mengalami Recurrent Aphthous Stomatitis (RAS). Punca sebenar penyakit ini masih belum pasti lagi.
Namun begitu, beberapa sebab dan kemungkinan boleh membawa kepada RAS:
- Sistem imun badan yang abnormal; menyerang sendiri bahagian dalam mulut dan pelbagai lagi faktor lain seperti sistem imun lemah dll.
- Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
- Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
- Stres akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir
- Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
- Haid dan perubahan hormon yang mendadak
- Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS)yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak
- Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar
Pastikan anda mengikuti tips berikut apabila anda mempunyai ulser;
- Elak memakan makanan yang panas, pedas, masam (minuman), masin atau kerasyang boleh menyakitkan luka dan melambatkan proses penyembuhan
- Gunakan berus gigi yang lembut untuk mengelak ulser tersentuh dengan kasar dan menyebabkan pendarahan. Anda juga disarankan menggunakan cecair pembersih mulut (cth: Listerine) jika memberus gigi menyakitkan.
Bagaimana hendak mengubati Aphthous Stomatitis?
Setakat ini, tiada penawar yang dapat mengubati serta merta. Namun, pelbagai ubat boleh didapati untuk mengurangkan kesakitan yang dialami. Ia akan sembuh sendiri dalam masa beberapa hari (tidak lebih 10-12 hari). Jika anda menjaganya dengan baik, proses penyembuhan akan berlaku dengan lebih cepat.
Jadi cara yang di cadangkan amalkan
pengambilan vitamin shaklee untuk mengelakkan terjadinya lagi keadaan
ini....Kita perlu mencuba untuk mengetahui hasilnya...Tiada penyakit yang tiada
ubatnya..Kita ingin mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan
kimia..
* These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These
products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Perunding Vitamin Anda
- Shaklee
Independent Distributor [ ID No : 1081321]
- NoR Contact
No : 0174532980
- Emel
: nora_gminie@yahoo.com
** kepakaran saya adalah untuk membantu dan berkongsi
cara pengamalan hidup sihat kepada semua..kita sihat segalanya akan
terlaksana..jika sakit segalanya akan sia-sia..Jika kita jujur dalam melakukan
sesuatu tanpa dengki dan iri hati InshaAllah akan Berjaya..
No comments:
Post a Comment