CARA PEMAKANAN :
Vita-E : 1 biji sehari selepas makan sebelum tidur
Vita-C
: 1 biji sehari selepas lunch
Gla : 1 biji malam selepas makan
Garlic : 1 biji pagi dab 1 biji malam
* Ambil setelah 20 minit selepas makan
* Sekadar
cadangan. Jadual adalah fleksibel
Disyorkan
pengambilan suplemen pada waktu malam untuk penyerapan nutrien yang lebih baik. Tapi, kalau nak ambil semua serentak memang
agak sukar, kan?
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jerawat atau acne
vulgaris merupakan
perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh
perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh
pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit,
alahan dan salah penjagaan kulit.)
Sekiranya
jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya
parut yang berkekalan.
Jerawat secara amnya merupakan suatu fenomena
biological yang terjadi pada kulit akibat dari masalah keradangan tisu pada
bahagian kelenjar minyak di kulit manusia. Ianya sering muncul pada bahagian
kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan. Berdasarkan
kajian yang dijalankan dalam bidang perubatan dermatologi telah menemukan
hampir 50 jenis jerawat telah menjadi masalah kepada lelaki dan wanita.
Jerawat; bahasa Inggeris “Acne Vulgaris”, iaitu masalah kulit
yang berlaku pada Pilosebaceous (terdiri daripada rongga rambut dan kelenjar
minyak)pada bahagian kulit. Masalah jerawat selalunya sering dialami oleh
golongan remaja akil baligh dan dewasa disebabkan oleh perubahan hormon badan
yang normal.
Metodologi kemunculan jerawat
•
Kecederaan pada tisu utama yang disebabkan oleh bintik putih (white head) dan
bintik hitam (black head). Apabila bintik-bintik putih (white heads) itu
dicemari oleh kekotoran sedangkan ia berada dalam keadaan berminyak dan lembab,
bintil putih tersebut akan mudah bertukar menjadi bintik hitam (black head).
Bintik-bintik hitam (black heads) mengandungi sumbatan sebum (iaitu bahan
berlemak yang dihasikan oleh kelenjar minyak). Pada kebiasaannya, bintik hitam
sukar untuk dikeluarkan kerana ruang folikel yang kecil jika dibandingkan
dengan saiz bintik hitam yang besar. Apabila kandungan sebum dibawah/dalam
ruang folikel itu bertambah maka ruang folikel itu akan terhakis dari dalam dan
membesar, maka ia akan menyebabkan kecedaraan pada kulit lalu menyebabkan nanah
dalaman dan akhirnya terbentuklah jerawat.
• Selain
itu, masalah jerawat juga terjadi akibat pertumbuhan bacteria Propionibacterium
acnes yang mengisi ruang-ruang folikel rambut yang terbuka dan mudah terdedah
kepada kekotoran selain ia mudah terdedah kepada kelembapan dan pengoksidaan
luaran.
•
Biasanya, masalah jerawat hanya diketogorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah
lesi (jumlah bintil merah/nanah putih yang tercela) kurang dari 30.
•
Manakala jumlah lesi dari 30 hingga 125 akan dikategorikan sebagai masalah
jerawat ‘sederhana’. Dan apabila jumlah lesi telah melebihi 125, maka masalah
jerawat itu akan dikategorikan sebagai ‘kronik’.
• Jerawat
biasanya menyerang remaja yang berusia antara 14 hingga 19 tahun kerana pada
waktu itu berlakunya suatu bentuk perubahan hormone yang agak agresif.
Punca Jerawat
Terdapat
laporan yang menunjukkan bahawa masalah jerawat kerap berlaku dalam kalangan
remaja. Semasa proses kematangan berlaku, kelenjar-kelenjar minyak menjadi
aktif kerana penghasilan sebum akibat perubahan hormon. Kegagalan
folikel pilosebaceous untuk berfungsi dengan baik ketika perubahan hormone
dalam tempoh masa remaja akan menyebabkan jerawat tumbuh. Hormon yang
dimaksudkan adalah hormone testeron.
Hormon
testeron biasanya akan ditukarkan kepada dihidrotesteron di dalam kulit dan
bertindak terus pada kelenjar minyak untuk meningkatkan saiz dan kadar
metabolic fizikal. Individu yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami
masalah penghasilan sebum yang berlebihan ataupun mengalami kekeringan kulit
yang agak ketara. Fungsi sebum adalah untuk menjadi pelincir bagi membuatkan
kulit lebih gebu dan lembut, lapisan pelindung kepada rambut dan kulit supaya
tidak mengalami kekeringan ekstrem dan bagi mengekal kehidratan (kelembapan)
kulit dan rambut. Kelenjar minyak sebenarnya mengandungi sejenis bakteria iaitu propionibacterium
acne. Bakteria ini mampu mengubah sebum berlebihan kepada asid lemak
yang akhirnya menyebabkan jerawat dan keradangan kulit.
Bagaimanapun
jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan
kuman (penyakit, alahan,
ketidakkeseimbangan horman tubuh dan salah penjagaan kulit).
Sekiranya
jerawat berlaku dengan teruk, ia perlu dirawat untuk mengelakkan berlakunya
parut yang berkekalan.
Tip-tip mengelakkan dari pembentukan jerawat
Pembentukan
jerawat yang sedikit dan normal adalah perkara biasa bagi seseorang remaja,
namun begitu langkah menghindarinya dapat dilakukan bagi mengekalkan kesihatan
dan kecantikan kulit, maka amalan penjagaan kebersihan diri dan wajah perlu
dilakukan, diantara-syor-syor penjagaan wajah yang disyorkan untuk dilakukan
adalah seperti:
·
Lakukan pencucian muka dua kali sehari dengan jenis sabun pencuci
muka yang bertekstur lembut dan membersih secara mendalam. Jika boleh pilihlah
jenis sabun pencuci muka yang tidak terlalu mengeringkan dan boleh
menghidratkan kulit. Namun begitu pencucian kulit tanpa sabun pencuci juga
boleh dilakukan sebanyak 5 kali sehari ataupun lebih sebagai pilihan lain dan
tambahan kepada cucian muka dengan menggunakan sabun pencuci muka. Tetapi perlu
diingatkan disini, bahawa mencuci kulit dengan kuat dan menggosoknya dengan
kuat untuk menghilangkan minyak, kekotoran dan sel-sel mati pada kulit bukanlah
suatu yang baik pada kulit malah perbuatan tersebut dapat menyebabkan
keradangan kulit dan jerawat akan menjadi lebih teruk. Sebaliknya gunakan cara
urutan ringan dan gosoklah kulit dengan lembut.
·
Penggunaan pencuci wajah juga adalah digalakkan namun
penggunaannya mestilah sesuai dengan kulit. Penggunaan pencuci wajah adalah
bertujuan untuk membuang lebihan sebum yang tersumbat dalam liang pori, selain
membuang bintik hitam dan bintik putih serta sel kulit mati. Namun perlu
ditegaskan bahawa anda hanya perlu menggunakan skrub wajah 1 hingga 2 kali
seminggu sahaja atau 1 dalam masa 2 minggu bagi mereka yang kurang terdedah
dengan aktiviti luar dan pancaran cahaya matahari. Penggunaan pencuci wajah
yang lebih dari kadar yang disyorkan adalah amat merbahaya pada kulit khususnya
pada kulit sensitive. Sila gunakan pencuci wajah yang mempunyai butiran yang
tidak kasar malah lembut pada kulit.
·
Mencuci kulit dengan pencuci wajah ataupun sabun pencuci kulit
sebenarnya pasti akan mengeringkan kulit walaupun anda mencuci kulit dengan
ringan dan menggunakan sabun dengan sedikit. Oleh kerana demikian anda samaada
lelaki ataupun perempuan adalah digalakkan untuk menggunakan pelembab atau penyegar
kulit selepas anda mencuci kulit anda dengan sabun pencuci, ini adalah penting
bagi mengekalkan kelembapan kulit dan pH kulit pada kadar yang seimbang.
·
Anda juga adalah dilarang untuk memicit kulit anda yang mempunyai
jerawat ataupun sebarang bintik, nodul ataupun sebarang pertumbuhan baru yang
tidak diperlukan pada kulit anda. Sebaliknya jumpalah pakar kulit yang
bertauliah atau pakar dermatogi di klinik dan hospital pakar untuk
menyelesaikan perkara tersebut. Memicit kulit yang mempunyai jerawat bukan
sahaja tidak elok pada kulit tetapi akan memburukkan lagi keadaan kulit anda
sekiranya berlaku jangkitan!
·
Sebanyak mana yang boleh, anda mestilah mengelakkan kulit muka
anda daripada terkena cahaya matahari secara berterusan. Kulit akan mudah
menjadi kering jika anda terkena cahaya matahari secara berterusan. Walaupun
anda terdedah dengan cahaya matahari pada kadar yang sedikit. Pancaran sinar UV
(Ultra lembayung) yang sedikit yang terkena pada kulit anda sudah cukup untuk
menyerap masuk kedalam sel kulit dalam anda dengan mudah serta merosakkan
struktur protein dan DNA kulit anda. Perkara ini tentunya tidak baik pada kulit
kerana ia mungkin juga mampu menyebabkan kanser kulit. Bagi mencegah dari masalah
terkena pancaran matahari yang agresif ini, anda disyorkan untuk memakai
pelembab kulit yang mempunyai pelindung sinaran UV samada dari jenis (SPF 10,
SPF 15, SPF 25, SPF 50 dan sebagainya), perkara ini penting bagi mengurangi
kesan kegelapan yang mungkin timbul akibat pembentukan melanin oleh sel
melanosit dan peyerapan UV-B ke dalam sel basal melanogenesis yang mungkin
menyebabkan kerosakan kepada DNA yang akhirnya boleh membawa kepada penyakit
kanser. Pemakain pelembab dan pelindung UV perlu dipakai setiap kali selepas
mencuci muka, ketika berada di dalam bilik/kawasan berhawa dingin (suhu yang
sejuk dan berhawa dingin mampu mengeringkan kulit dengan cepat) atau ketika
ingin melakukan aktiviti luar yang akan menyebabkan anda terdedah kepada
sinaran matahari terik. Anda juga amat disarankan untuk sentiasa menutup wajah
anda dengan kain ketika melakukan aktiviti luar bagi mengurangi kesan pancaran
UV, pencemaran dan habuk di persekitaran.
·
Janganlah selalu menukar produk pembersihan wajah dan kecantikan
wajah secara kerap kerana ia mungkin menyebabkan keradangan dan alahan pada
kulit anda.
·
Elakkan mengguna bedak padat kerana span yang lembap, digunakan
berkali-kali, terperap di dalam bekas menggalakkan pembiakan bakteria. Gunalah
bedak berasaskan mineral seratus peratus tanpa sebarang campuran bendasing yang
mempunyai sifat anti-inflammatori, tidak menutupi liang pori-pori kerana
molekulnya besar dan bedak yang kering tidak menggalakkan pembiakan bakteria
seperti Kiss mineral mekap.
Diet
kesihatan kulit
·
Kulit biasanya mempunyai diet pemakanan yang tersusun, ini kerana
faktor pemakanan juga mampu menjadi penyebab kepada masalah kulit
·
Pengambilan air yang secukupnya dalam diet sangat digalakkan
kerana ia membantu menyah toksin dari tubuh
·
Pastikan pemakanan anda tidak bergoreng,berminyak dan pedas kerana
boleh menyebabkan jerawat tumbuh lebih mudah
Jadi cara yang di cadangkan amalkan
pengambilan vitamin shaklee untuk mengelakkan terjadinya lagi keadaan
ini....Kita perlu mencuba untuk mengetahui hasilnya...Tiada penyakit yang tiada
ubatnya..Kita ingin mengurangkan pengambilan ubat-ubatan yang mengandungi bahan
kimia..
* These
statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These
products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease
Perunding Vitamin Anda
- Shaklee
Independent Distributor [ ID No : 1081321]
- NoR Contact
No : 0174532980
- Emel
: nora_gminie@yahoo.com
** kepakaran saya adalah untuk membantu dan berkongsi
cara pengamalan hidup sihat kepada semua..kita sihat segalanya akan
terlaksana..jika sakit segalanya akan sia-sia..Jika kita jujur dalam melakukan
sesuatu tanpa dengki dan iri hati InshaAllah akan Berjaya..
No comments:
Post a Comment