Sunday 19 January 2014

MIGRAIN


INFO KESIHATAN

10 hingga 15 peratus penduduk dunia terjejas kepada kerosakan otak akibat MIGRAIN



Kajian Universiti Copenhagen

Menurut Copenhagen: Migrain atau sakit kepala yang teruk boleh menyebabkan kerosakan otak secara kekal, lapor penyelidikan terbaru.
Pakar mendapati migrain, yang menjejaskan 10 hingga 15 peratus penduduk dunia, meningkatkan risiko luka otak, kecacatan jirim putih dan perubahan isi padu otak berbanding mereka yang tiada penyakit itu.

Penulis kajian, Dr Messoud Ashina dari Universiti Copenhagen, berkata:
“Secara tradisinya, migrain dianggap sebagai gangguan tumor tanpa kesan jangka panjang kepada otak. Kajian kami dan analisis meta mencadangkan bahawa gangguan itu mungkin secara kekal mengubah struktur otak dengan pelbagai cara.”

Kecacatan otak meningkat

Risiko untuk kecacatan otak meningkat kepada 44 peratus bagi mereka yang menghidap migrain dengan tanda amaran berbanding tanpa aura.

Dr Ashina berkata dalam kajiannya, “Migrain menjejaskan kira-kira 10 hingga 15 peratus penduduk awam dan boleh menyebabkan beban ketara peribadi, pekerjaan dan sosial.

Sementara itu, satu lagi kajian turut diterbitkan dalam jurnal Neurology,
menyokong penyelidikan sebelum ini yang menunjukkan migrain kerap menyerang mereka yang berpendapatan rendah.
Sebagai contoh, bagi wanita berusia 25 hingga 34 tahun, 20 peratus daripada mereka dengan pendapatan tinggi isi rumah mendapat migrain, berbanding 29 peratus yang berpendapatan sederhana dan 37 peratus berpendapatan rendah. - AGENSI



No comments:

Post a Comment